Untuk back weekend kali ini saya ke Brunei dengan penerbangan AirAsia Ticket Rm73 return (Nak tix murah sila contact saya ya) bertolak jam 140pm tiba jam 4pm di airport bandar seri begawan. Setibanya di airport kereta sewa yang telah ditempah sudah menunggu, kereta Hyundai Accent BND80 untuk 2 hari. Keluar saja airport terus ambil main highway ke menghala ke bandar (awalnya sesat mesat jugak la sbb Google Map tak detect brunei). Saya menuju ke hotel dulu di Kianggeh, BSB. Gina Suite Hotel Simpang 27, Book di Agoda RM305, fyi hotel di brunei and everything agak mahal kerana mereka menggunakan Dollar yang sama nilai dengan singapore. Kalau sewa kereta BND80 - RM252.
Hotel agak macam 2 bintang walaupun kedudukan tersorak di kawasan workshop kereta tetapi sangat dekat dengan airport, masjid James Asr dan bandar. kira hotel nib tengah antara airport dan BSB. Masuk hotel and rehat mandi. Malam dalam jam 7 terus keluar pergi maybank berhampiran untuk withdraw. Fyi, foreign exchange sangat susah nak jumpa, so jangan risau, you pergi ke maybank2u dan activatekan penguluaran wang antarabangsa di bahagian Card Management. Rate dia lebih kurang je dengan kaunter kedai.
Selepas keluar duit, terus ke Masjid James Asr yang tersengam indah di hadapan maybank tadi. Ambil gambar sikit dan solat insyak di situ. Tiba-tiba perut pun lapar, dihadapan hotel gina tadi banyak je kedai makan so malam pertama ni tak plan nak ke mana lagi, hanya pergi makan dan balik hotel. Info tambahan, anda juga boleh cuba pergi ke Pasar Malam Gadong yang terletak berhampiran dengan Kianggeh dan Gadong.
Travel - Activities - Food
Lecturer, Marketer, Digital Marketing, SEO expert, Google Ads Manager. https://PromosiWeb.Biz https://websitemurah.com.my
Jumaat, 17 Februari 2017
Isnin, 23 Januari 2017
Tiket Percuma | Free Flight AirAsia dengan Big Points
Saya ingin berkongsi sedikit tips bagaimana untuk mendapatkan tiket percuma dengan Big Points.
Daftar dan dapatkan Prepaid Card
Big AirAsia (Virtual or Plastic) di BigPrepaid.com dan Register Big ID di
AirAsiaBig.com dan Collect Point Sebanyak mungkin (Make sure dapatkan BIG Card
Account no bukan number pada kad).
Cara dapatkan points ialah dengan convertkan semua
pembayaran (Komitmen Bulanan) utility dan auto-payment (Astro, Bil Telefon,
Coway, Elektrik, Bil Air etc) other purchases such as fuel dan shopping pun
pakai Big Card ni, so make sure top-up awal-awal la ya cth sebulan RM1000 dah
topup siap-siap sebabnya Big Card ni Prepaid card bukan Credit Card. Cara
kedua, kalau ada Points daripada Bank lain contoh Maybank Treats Point or Cimb
Points pun boleh convert ke Big Points, Rate dia mungkin berbeza cth saya pakai
Alliance Bank (Dah study alliance bank conversion paling tinggi) Setiap 3000
Points alliance = 1000 Big Points. Pernah kawan convert dari CIMB 40000 ke Big
Points, banyak lah Big points dia dengan tiba-tiba hehe.
Points dah banyak
barulah boleh lihat di AirAsiaBig.com untuk buat Flight/Hotel Redemption menggunakan
Points yang kita dah collect. Biasanya points yang diperlukan agak banyak Cth
ke 6500 points one-way ke Hatyai.
So bila nak dapat free flight dengan points
yang sedikit? AirAsia akan buat ‘Final Call’ pada setiap Isnin pertama setiap
bulan, masa perbengan dalam sebulan ke dua bulan. Tak payah nak book awal
setahun macam kebiasaan nak dapat tiket murahkan. Points paling sedikit untuk
kita Redeem hanya 500 points sahaja, cth pernah dapat offer KL-KRABI, KL-KK,
KL-PATTAYA, KL-MEDAN dengan hanya 500 points one-way. Paling latest (Januari
2017) saya pergi KL-SURAT THANI 500 points one-way (1000 points return) so kita
hanya perlu bayar taxes sahaja RM94 return, bila kita cek harga tiket bagi
tarikh yang sama ialah RM240 return. So boleh save RM146. Belum lagi
tempat-tempat lain pun banyak yang 500 points saja. Bagi yang ada points
berpuluh ribu macam saya rasa 1000 points return sangat la sedikit so rasa
boleh cover banyak tempat yang ada offer 500 points sahaja. Alhamdulillah. So
good luck guys!
Tak cukup points tapi nak tiket murah? Ok boleh email saya di Azeze_Sahri@yahoo.com saya boleh dapatkan tiket murah menggunakan points saya dengan caj yang rendah. :)
Selasa, 3 Januari 2017
Bukit Tinggi, Bentong Pahang
Cuti sekolah bulan Disember 2016 kami membawa anak-anak ke Cormal Tropicale, Bukit Tinggi, Pahang. Walaupun saya tahu saya paling menyampah kalau berjalan-jalan ketika cuti sekolah kerana orang ramai dan sesak, terpaksa la juga bawa mereka berjalan kerana takut tiada kesempatan lain. Best ke pergi sini? Well tempat ini merupakan kawasan tanah tinggi dimana reka bentuk bangunan dibina berdasarkan design dan suasana di Perancis. Terdapat bangunan hotel dan cafeteria di bawahnya.
Walaupun kita datang hanya ingin menikmati permandangan yang tak seberapa, jangan ingat ianya percuma. Tiket untuk 2 orang dewasa dan 2 kanak-kanak bawah 6 tahun berharga RM46, haa..ko rasa? Berbaloikah.. bukan itu saja dah la tiket mahal, parking yang disediakan sangatla jauh nun di atas bukit, kasihan kami lihat foreigner yang bawak anak kecil dan ada juga yang bawa nenek, kena menapak seriusly dalam 10 - 15 minit untuk sampai ke bangunan perancis kononya. Actually, ini kali ke tiga saya dan isteri pergi ke sini, normally bukan peak season ok je boleh parking berhampiran tetapi kali ni sangat seksa, bukan apa at least pak guard yang jaga laluan ke parking tu suggest la untuk kita dropkan anak dan orang tua, ini tidak terus tak bagi masuk.
Terdapat banyak kawasan untuk dilawati di sini selain daripada Banguna perancis tu, seperti Japanese park boleh lihat-lihat pokok-pokok dan taman jepun serta mencuba pakaian kimono untuk dijadikan pengalaman, terdapat juga animal park dengan tiket RM5 anda boleh beramah mesra dengan arnab serta rusa, ponny ride dan lain-lain. Untuk ke Animal Park dari Cormal Tropicale, anda boleh menaiki bas yang disediakan kerana agak jauh juga tempatnya, ada pengalaman manis or pahit yang kami semua alami apabila ingin kembali ke cormal dari animal park, hujan turun dengan lebatnya, tunggu punya tunggu, bas pun sampai, tapi dia tak bagi naik dulu, ntah apa ke hal dia pergi ke bahagian belakang animal park tu, selepas beberapa minit, bas pun keluar kembali dari belakang animal park tu, tetapi driver yang bijak tu bukan nak ambil kami di bus stop, dia suruh kami berlari ke tempat bas tu, nak tak nak kami dengan baby ahnaf punya la meredah hujan, masuk je dalam bas, berderau jugak tengok ahnaf 9 bulan basah kuyop, ikutkan saya nak hentak je driver bas yang sememangnya hanya tahu pegang stereng dan jarang menggunakan akal ni, tp as usual saya akan ubah negative ke positive thinking dengan bertanykan kepada anak-anak, 'Best tak mandi hujan?' Bila lagi kita nak mandi hujan kan.. Saya dh suruh isteri stand by kalau-kalau anak-anak ada tanda-tanda nak demam, Alhamdulillah semuanya sihat selepas pulang dari Bukit Tinggi.
Khamis, 1 Disember 2016
Swiss-Garden Beach Resort, Damai Laut
Percutian 3 Hari 2 Malam pada cuti sekolah 2016 bermula 29 Nov - 1 Dec 2016. Tempahan mudah, book last minit hari jumaat last waktu kerja. Keseluruhan hotel kelihatan resort lama, bilik hotel agak kecil, perabot lama dan cadar kekuningan. RM220 semalam tanpa breakfast. Harga Breakfast untuk ahli RM53 untuk 2 orang dewasa dan 2 kanak- kanak sesuai untuk kami sekeluarga. Pilihan makan biasa sahaja, nasi lemak, bubur, roti and pastries, cereal, roti canai and scrambled egg, buah-buahan dan coffee.
Ilhan begitu gembira explore kawasan resort sebab besar. Swimming pool pun besar tapi kami tak sempat mandi swimming pool kerana rules ketat kena pakai swim attire. Kami hanya mandi manda di Gayam Beach sahaja terletak di bahagian Bay Wing resort. Oh ya terdapat 2 wing di resort ini kiri dan kanan, bahagian tengah swimming pool dan cafe untuk breakfast. Kalau dapat wing yang berhampiran dengan lobby bermaksud kena jalan jauh la untuk ke breakfast dan pantai. Kalau boleh minta di Bay Wing.
Masa booking kami memang letak remark nak Sea View, so masa checkin mereka minta kami tunggu sebentar kerana belum tersedia biliknya. Overall it was OK since ilhan and busyra ni jenis yang suka main pasir dan explore kawasan saja. Mereka tak nak mandi swimmingpool, so end up, ayahnya la yang kempunan. Oh btw tempat makan untuk lunch and dinner paling dekat di kawasan UniKL jalam menghala ke Sri Manjung iaitu kira-kira 15 minit drive. Jika anda check in lewat petang eloklah kiranya tapau makanan siap-siap untuk malam malam. Room service foodnya agak mahal averae RM33 sepinggan. Awalnya naj order in room service saja, ingatkan dalam RM15-RM18 sepinggan macam hotel-hotel 3 star, sekali tersasar, tukaq plan angkut semua makan luar. Pada hari kedua sempat juga la pergi ke aeon manjung beli roti2, main bowling ilhan dan beli selipar baru ilhan. Si ilhan ni pergi mana-mana mesti nak pakai selipar lama sebelah lain dia tu. Ni pun lepas dah beli selipar baru, tak nak pakai jugak, Allah tak suka orang membazir katanya. Huhu.
Ilhan begitu gembira explore kawasan resort sebab besar. Swimming pool pun besar tapi kami tak sempat mandi swimming pool kerana rules ketat kena pakai swim attire. Kami hanya mandi manda di Gayam Beach sahaja terletak di bahagian Bay Wing resort. Oh ya terdapat 2 wing di resort ini kiri dan kanan, bahagian tengah swimming pool dan cafe untuk breakfast. Kalau dapat wing yang berhampiran dengan lobby bermaksud kena jalan jauh la untuk ke breakfast dan pantai. Kalau boleh minta di Bay Wing.
Masa booking kami memang letak remark nak Sea View, so masa checkin mereka minta kami tunggu sebentar kerana belum tersedia biliknya. Overall it was OK since ilhan and busyra ni jenis yang suka main pasir dan explore kawasan saja. Mereka tak nak mandi swimmingpool, so end up, ayahnya la yang kempunan. Oh btw tempat makan untuk lunch and dinner paling dekat di kawasan UniKL jalam menghala ke Sri Manjung iaitu kira-kira 15 minit drive. Jika anda check in lewat petang eloklah kiranya tapau makanan siap-siap untuk malam malam. Room service foodnya agak mahal averae RM33 sepinggan. Awalnya naj order in room service saja, ingatkan dalam RM15-RM18 sepinggan macam hotel-hotel 3 star, sekali tersasar, tukaq plan angkut semua makan luar. Pada hari kedua sempat juga la pergi ke aeon manjung beli roti2, main bowling ilhan dan beli selipar baru ilhan. Si ilhan ni pergi mana-mana mesti nak pakai selipar lama sebelah lain dia tu. Ni pun lepas dah beli selipar baru, tak nak pakai jugak, Allah tak suka orang membazir katanya. Huhu.
Sabtu, 19 November 2016
Avillion Admiral Cove, Port Dickson, Malaysia - Retreat and Revive FSKM UiTM Raub
Program Retreat and Revive anjuran FSKM UiTM telah dianjurkan di sini pada 13 - 14 November 2016. Tujuan program diadakan ialah untuk memberi sedikit waktu rehat dan 'Revive' dalam teknik-teknik P&P pensyarah-pensyarah FSKM UiTM Raub. Terdapat empat penceramah telah dijemput dalam program tersebut antaranya Dr Nazri dari UUM, Pn Xavier dari UiTM Shah Alam dan Ust Elyias.
Sabtu, 19 April 2014
Akademi Kepimpinan Pengajian Tinggi AKEPT
Saya sempat menginap di Hotel AKEPT yang terletak di Bandar Baru Salak Tinggi, Selangor ini pada 28/12/2012. Kesempatan menghadiri Mesyuarat Penggubalan Silibus salah sebuah IPTA memberikan saya peluang untuk menginap di Hotel AKEPT yang seakan-akan setaraf Hotel 4 Bintang.
Review:
Bilik : 9/10
Makanan :8/10
Lokasi : 5/10
Staff : 7/10
Map Lokasi:
Google Maps
Coordinates: 2°43'57"N 101°46'48"E
Website : www.mohe.gov.my/akept
Sabtu, 16 Februari 2013
Big Plate Kampung Melayu Subang
Kami berkesempatan mencuba makan di BIG PLATE kampung subang selepas melihat review dalam rancangan BEST IN THE WORLD terbitan 8TV pada tahun 2011.
Lamb Chop
Chicken Chop
Lokasi : 27 Jalan Alfa, F U6/F, Subang Permai, 40150 Shah Alam, Selangor.
Waktu Perniagaan : Hingga Larut Malam
Harga : Mostly > RM15
The Soup berserta Roti
Komen : Overall puas hati dengan hidangan yang bersaiz besar dan tak muat pinggan. Servis agak lambat maybe sebab ramai orang. Suasana dalam restaurant agak kelam dan kalau nak pergi kawasan restoran tu pun rasa macam takut-takut je kawasan dia. Masa nak balik ke Setia Alam pada malam tu agak sesat kerana tak familiar dengan kawasan Kg Melayu Subang.
Langgan:
Catatan (Atom)