Untuk back weekend kali ini saya ke Brunei dengan penerbangan AirAsia Ticket Rm73 return (Nak tix murah sila contact saya ya) bertolak jam 140pm tiba jam 4pm di airport bandar seri begawan. Setibanya di airport kereta sewa yang telah ditempah sudah menunggu, kereta Hyundai Accent BND80 untuk 2 hari. Keluar saja airport terus ambil main highway ke menghala ke bandar (awalnya sesat mesat jugak la sbb Google Map tak detect brunei). Saya menuju ke hotel dulu di Kianggeh, BSB. Gina Suite Hotel Simpang 27, Book di Agoda RM305, fyi hotel di brunei and everything agak mahal kerana mereka menggunakan Dollar yang sama nilai dengan singapore. Kalau sewa kereta BND80 - RM252.
Hotel agak macam 2 bintang walaupun kedudukan tersorak di kawasan workshop kereta tetapi sangat dekat dengan airport, masjid James Asr dan bandar. kira hotel nib tengah antara airport dan BSB. Masuk hotel and rehat mandi. Malam dalam jam 7 terus keluar pergi maybank berhampiran untuk withdraw. Fyi, foreign exchange sangat susah nak jumpa, so jangan risau, you pergi ke maybank2u dan activatekan penguluaran wang antarabangsa di bahagian Card Management. Rate dia lebih kurang je dengan kaunter kedai.
Selepas keluar duit, terus ke Masjid James Asr yang tersengam indah di hadapan maybank tadi. Ambil gambar sikit dan solat insyak di situ. Tiba-tiba perut pun lapar, dihadapan hotel gina tadi banyak je kedai makan so malam pertama ni tak plan nak ke mana lagi, hanya pergi makan dan balik hotel. Info tambahan, anda juga boleh cuba pergi ke Pasar Malam Gadong yang terletak berhampiran dengan Kianggeh dan Gadong.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan