Selasa, 3 Januari 2017

Bukit Tinggi, Bentong Pahang


Cuti sekolah bulan Disember 2016 kami membawa anak-anak ke Cormal Tropicale, Bukit Tinggi, Pahang. Walaupun saya tahu saya paling menyampah kalau berjalan-jalan ketika cuti sekolah kerana orang ramai dan sesak, terpaksa la juga bawa mereka berjalan kerana takut tiada kesempatan lain. Best ke pergi sini? Well tempat ini merupakan kawasan tanah tinggi dimana reka bentuk bangunan dibina berdasarkan design dan suasana di Perancis. Terdapat bangunan hotel dan cafeteria di bawahnya.





Walaupun kita datang hanya ingin menikmati permandangan yang tak seberapa, jangan ingat ianya percuma. Tiket untuk 2 orang dewasa dan 2 kanak-kanak bawah 6 tahun berharga RM46, haa..ko rasa? Berbaloikah.. bukan itu saja dah la tiket mahal, parking yang disediakan sangatla jauh nun di atas bukit, kasihan kami lihat foreigner yang bawak anak kecil dan ada juga yang bawa nenek, kena menapak seriusly dalam 10 - 15 minit untuk sampai ke bangunan perancis kononya. Actually, ini kali ke tiga saya dan isteri pergi ke sini, normally bukan peak season ok je boleh parking berhampiran tetapi kali ni sangat seksa, bukan apa at least pak guard yang jaga laluan ke parking tu suggest la untuk kita dropkan anak dan orang tua, ini tidak terus tak bagi masuk. 


Terdapat banyak kawasan untuk dilawati di sini selain daripada Banguna perancis tu, seperti Japanese park boleh lihat-lihat pokok-pokok dan taman jepun serta mencuba pakaian kimono untuk dijadikan pengalaman, terdapat juga animal park dengan tiket RM5 anda boleh beramah mesra dengan arnab serta rusa, ponny ride dan lain-lain. Untuk ke Animal Park dari Cormal Tropicale, anda boleh menaiki bas yang disediakan kerana agak jauh juga tempatnya, ada pengalaman manis or pahit yang kami semua alami apabila ingin kembali ke cormal dari animal park, hujan turun dengan lebatnya, tunggu punya tunggu, bas pun sampai, tapi dia tak bagi naik dulu, ntah apa ke hal dia pergi ke bahagian belakang animal park tu, selepas beberapa minit, bas pun keluar kembali dari belakang animal park tu, tetapi driver yang bijak tu bukan nak ambil kami di bus stop, dia suruh kami berlari ke tempat bas tu, nak tak nak kami dengan baby ahnaf punya la meredah hujan, masuk je dalam bas, berderau jugak tengok ahnaf 9 bulan basah kuyop, ikutkan saya nak hentak je driver bas yang sememangnya hanya tahu pegang stereng dan jarang menggunakan akal ni, tp as usual saya akan ubah negative ke positive thinking dengan bertanykan kepada anak-anak, 'Best tak mandi hujan?' Bila lagi kita nak mandi hujan kan.. Saya dh suruh isteri stand by kalau-kalau anak-anak ada tanda-tanda nak demam, Alhamdulillah semuanya sihat selepas pulang dari Bukit Tinggi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan