Ilhan begitu gembira explore kawasan resort sebab besar. Swimming pool pun besar tapi kami tak sempat mandi swimming pool kerana rules ketat kena pakai swim attire. Kami hanya mandi manda di Gayam Beach sahaja terletak di bahagian Bay Wing resort. Oh ya terdapat 2 wing di resort ini kiri dan kanan, bahagian tengah swimming pool dan cafe untuk breakfast. Kalau dapat wing yang berhampiran dengan lobby bermaksud kena jalan jauh la untuk ke breakfast dan pantai. Kalau boleh minta di Bay Wing.
Masa booking kami memang letak remark nak Sea View, so masa checkin mereka minta kami tunggu sebentar kerana belum tersedia biliknya. Overall it was OK since ilhan and busyra ni jenis yang suka main pasir dan explore kawasan saja. Mereka tak nak mandi swimmingpool, so end up, ayahnya la yang kempunan. Oh btw tempat makan untuk lunch and dinner paling dekat di kawasan UniKL jalam menghala ke Sri Manjung iaitu kira-kira 15 minit drive. Jika anda check in lewat petang eloklah kiranya tapau makanan siap-siap untuk malam malam. Room service foodnya agak mahal averae RM33 sepinggan. Awalnya naj order in room service saja, ingatkan dalam RM15-RM18 sepinggan macam hotel-hotel 3 star, sekali tersasar, tukaq plan angkut semua makan luar. Pada hari kedua sempat juga la pergi ke aeon manjung beli roti2, main bowling ilhan dan beli selipar baru ilhan. Si ilhan ni pergi mana-mana mesti nak pakai selipar lama sebelah lain dia tu. Ni pun lepas dah beli selipar baru, tak nak pakai jugak, Allah tak suka orang membazir katanya. Huhu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan