Isnin, 23 Januari 2017

Tiket Percuma | Free Flight AirAsia dengan Big Points

Saya ingin berkongsi sedikit tips bagaimana untuk mendapatkan tiket percuma dengan Big Points.

Daftar dan dapatkan Prepaid Card Big AirAsia (Virtual or Plastic) di BigPrepaid.com dan Register Big ID di AirAsiaBig.com dan Collect Point Sebanyak mungkin (Make sure dapatkan BIG Card Account no bukan number pada kad).




Cara dapatkan points ialah dengan convertkan semua pembayaran (Komitmen Bulanan) utility dan auto-payment (Astro, Bil Telefon, Coway, Elektrik, Bil Air etc) other purchases such as fuel dan shopping pun pakai Big Card ni, so make sure top-up awal-awal la ya cth sebulan RM1000 dah topup siap-siap sebabnya Big Card ni Prepaid card bukan Credit Card. Cara kedua, kalau ada Points daripada Bank lain contoh Maybank Treats Point or Cimb Points pun boleh convert ke Big Points, Rate dia mungkin berbeza cth saya pakai Alliance Bank (Dah study alliance bank conversion paling tinggi) Setiap 3000 Points alliance = 1000 Big Points. Pernah kawan convert dari CIMB 40000 ke Big Points, banyak lah Big points dia dengan tiba-tiba hehe. 




Points dah banyak barulah boleh lihat di AirAsiaBig.com untuk buat Flight/Hotel Redemption menggunakan Points yang kita dah collect. Biasanya points yang diperlukan agak banyak Cth ke 6500 points one-way ke Hatyai. 




So bila nak dapat free flight dengan points yang sedikit? AirAsia akan buat ‘Final Call’ pada setiap Isnin pertama setiap bulan, masa perbengan dalam sebulan ke dua bulan. Tak payah nak book awal setahun macam kebiasaan nak dapat tiket murahkan. Points paling sedikit untuk kita Redeem hanya 500 points sahaja, cth pernah dapat offer KL-KRABI, KL-KK, KL-PATTAYA, KL-MEDAN dengan hanya 500 points one-way. Paling latest (Januari 2017) saya pergi KL-SURAT THANI 500 points one-way (1000 points return) so kita hanya perlu bayar taxes sahaja RM94 return, bila kita cek harga tiket bagi tarikh yang sama ialah RM240 return. So boleh save RM146. Belum lagi tempat-tempat lain pun banyak yang 500 points saja. Bagi yang ada points berpuluh ribu macam saya rasa 1000 points return sangat la sedikit so rasa boleh cover banyak tempat yang ada offer 500 points sahaja. Alhamdulillah. So good luck guys!




Tak cukup points tapi nak tiket murah? Ok boleh email saya di Azeze_Sahri@yahoo.com saya boleh dapatkan tiket murah menggunakan points saya dengan caj yang rendah. :)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan